TATACARA PENGGUNAAN

TATACARA PENGGUNAAN WANGIAN HARUMAN LUQMAN DAN DAMAR WANGI UNTUK RAWATAN DAN KEGUNAAN HARIAN.


Koleksi produk keluaran LQ Haruman Luqman.

A. Cara memakai wangian yang disarankan :
1. Sapu dipergelangan tangan.
2. Sapu di belakang cuping telinga.
3. Sapu dibelakang tengkok.
4. Sapu dan bawa wangian Haruman Luqman kemana sahaja anda pergi untuk mencegah dari gangguan jin dan makhluk halus dengan izin Allah SWT.

B. Kaedah Semburan.

Contoh cadangan botol semburan.

Kaedah ini boleh digunakan kepada pesakit yang sedang dirasuk, rumah yang sering diganggu, premis yang disyaki disihir, boleh juga disembur diseluruh anggota badan untuk kesegaran tubuh dan memulihkan semangat dan untuk melariskan perniagaan.

Cara-cara penyediaan untuk kaedah semburan :
1. Ambil 1 botol wangian dan campurkan kedalam botol semburan seperti dalam gambar. Sembur ke seluruh badan. Kaedah ini berkesan untuk memulihkan semangat, kesegaran tubuh dan merawat pesakit yang kerasukan.

2. Untuk premis yang diganggu seeloknya sembur keseluruh dinding premis. Diulang proses ini selama 3 hari berturut-turut. Wangian yang dicadangkan adalah campuran wangian Mekar Seroja dan Damar Kasturi. Gunakan 1 botol setiap jenis.

3. Wangian yang dicadangkan untuk tujuan melariskan perniagaan adalah campuran Bunga Cendrawasih atau Bunga Qasidah, Mekar Seroja dan Bunga Raudah. (Boleh juga gunakan wangian lain mengikut citarasa masing-masing).

C. Cara menghasilkan air mandian untuk rawatan pelbagai penyakit.

1. Sediakan sebaldi air.

2. Buka penutup botol dan roller berwarna putih.

3. Tuang 1/2 botol wangian ke dalam baldi yang berisi air tadi. Mandi seperti biasa.

4. Wangian yang dicadangkan adalah Bunga Qasidah, Mekar Seroja, Bunga Cendrawasih, Bunga Mahkota dan semua jenis wangian Damar Wangi.

5. Wangian ini boleh dicampur mengikut citarasa sendiri.

6. Dua waktu mandian yang dicadangkan untuk rawatan adalah sebelum subuh dan selepas asar sebelum masuk waktu maghrib.

D. Cara memagar rumah dan premis perniagaan secara ghaib.

Buka roller putih seperti dalam gambar.

1. Pilih wangian Damar Kasturi.

2. Sediakan 4 botol wangian Damar Kasturi, buka penutup dan roller yang berwarna putih.

3. Ada 2 Kaedah yang boleh digunakan iaitu kaedah tanam (untuk rumah bertanah) dan kaedah gantung untuk rumah yang tidak bertanah (apartment).

4. Kaedah Tanam: Tanam wangian Damar Kasturi di 4 penjuru rumah dalam keadaan botol yang sudah terbuka seperti dalam gambar.

5. Kaedah Gantung: Masukkan wangian Damar Kasturi ke dalam kantung atau bekas yang mudah digantung dan letakkan di 4 penjuru rumah.

6. Sebelum memulakan kaedah tanam dan gantung, seeloknya Azan terlebih dahulu dan mulakan kaedah tadi dari sebelah kanan ke kiri. Pastikan wangian tersebut tidak dalam laluan yang mudah dilangkah.

Tanam atau gantung di 4 penjuru rumah.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGENALAN

SENARAI PENGEDAR

INFO PRODUK - LQ dan Damar Wangi